![Photo: Seperti yang pihak resepi kek janjikan nak kongsi choclate mousse cake petang semalam. disini pihak kami sertakan resepi kek yang kami janjikan pagi semalam.. selamat mencuba.. boleh share jika berminat..
Chocolate Mousse Cake
Kek Coklat
Bahan-Bahan
Bahan A
-3/4 cawan chocolate powder [ boleh guna serbuk koko biasa ]
-1/4 cawan serbuk koko hitam
-1 cawan gula perang
-1 cawan susu segar
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak jagung
Bahan B
-1 1/4 cawan tepung kek*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]
Bahan C
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
Tapis kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak.
Kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga kek masak.
Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong kepada 3 bahagian.
Mousse Chocolate
Sumber : Kak Ita
-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream [ aku letak 300gm ]
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-6 gm halal gelatin
-30 ml air
-120 gm coklat gelap
Cara-Cara
Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.
GANACHE COKLAT [ buat separuh sahaja ]
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
C & P : Kak Ita
-300 gm krim tenusu ~ whipping cream
-30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
-500 gm coklat gelap ~ hiris halus
-20 gm butter ~ ita tambah
Cara-Cara
Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilatTuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik
Kaedah Penyediaan
-sedikit jus untuk lembabkak kek
Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Lembabkan kek dengan menyapukan sedikit jus
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing](https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/t1.0-9/p403x403/10300089_773025732738385_3666450430870982019_n.jpg)

Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing

0 comments:
Post a Comment