Friday, July 18, 2014

Bahan-bahan ( 60-65 biji bergantung pada saiz jemputan ) 150g butter, suhu bilik - Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau SCS pun takpe, janji wangi dan sedap 150g tepung gandum 75g gula kastor - ku guna gula kasar kisar 60g cornflakes - ku guna Nestle 50g coklat chips 25g almond nibs - kali ni ku guna sliced almonds 1st esen vanila - brand E&G sedap sebab wangi ceri merah, dihiris halus dan memanjang Cara-cara 1. Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter). 2. Campurkan semua bahan kering (dan esen vanila) kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula). 3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti) 4. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah. 5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu). Bakar rak tengah, api atas bawah.

0 comments:

Post a Comment